Setelah melepasi guard post, aku terus memandu ke tempat meletak kereta. Aku memakir kereta di lot yang telah disediakan dan menuju ke lif lobby untuk ke apartment ku.
Pintu lif terbuka ditingkat 14. Aku keluar sambil mencari kunci apartment didalam tas tangan ku. Perlahan-lahan aku memulas tombol pintu #14-09 dan melangkah kedalam. Mataku mula melilau keaadan sekeliling apartment. Tidak ada yang berubah. Semuanya sama saperti waktu aku meninggalkannya dulu. Namun ia tetap bersih kerana seminggu sekali Kak Jah akan datang untuk membersihkannya.
Arh cepatnya masa berjalan. Tanpa aku sedari sudah semusim aku tinggalkan apartment ini. Perlahan-lahan aku melangkahkan kaki ke kamar tidur utama. Disinilah semuanya bermula dan berakhir… Semuanya seolah-olah baru semalam terjadi dan bermain di ruangan mata…