SetiaKu Korbankan...


   

<< December 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Thursday, December 02, 2004
Bhg 9

Orangnya tinggi lampai dan berkulit putih bersih.  Rambutnya yang panjang ke paras bahu di ikat rapi.  Walaupun orangnya tidak tampan tapi padaku cukup menyenangkan.  Senyuman senantiasa terukir dibibirnya yang merah menandakan dia tidak merokok.  Pakaiannya cukup sederhana – berseluar khaki dan kemaja t putih.  Dia juga mengenakan kemeja lengan panjang.  Seorang yang berkarisma.  Terpegun aku melihatnya.

 

Kami mengambil tempat duduk di arrival hall dan bertanyakan kabar masing-masing sebelum merancang jadual untuk hari itu.  Aku membiarkan dia membuat perancangan dan aku menurut saja. 

 

Kami mulakan hari itu dengan bersarapan bersama.  Setelah itu, kami menaiki LRT ke KL Sentral dan menyewa locker untuk menyimpan haversack ku.  Untuk pertama kalinya, aku menaiki bas ke Mid Valley.  Walaupun aku dilahirkan di KL, aku tak pernah menaiki bas awam.  Selalunya aku memandu, dipandu ataupun menaiki teksi jika ingin kemana-mana.

 

Kami rancak berbual sambil berjalan perlahan-lahan.  Kerana masih awal, banyak kedai yang belum dibuka lalu kami menonton Independence Day.  Aku yang memang tak tahan sejuk sejak kecil lagi lupa membawa cardigan ataupun pashminaku bersama.  Aku menggigil kesejukkan.  Dia kasihan melihat aku yang menggigil kesejukkan lantas mengambil tanganku dan menggosoknya berkali-kali. Dengan cara ini, dia memberiku sedikit kehangatan dari tubuhnya.  Aduh alangkah perihatinnya dia terhadapaku.  Aku terkesima dengan kasih sayangnya.

 

Setelah itu kami menyelusuri kedai-kedai di Midvalley.  Tiba-tiba aku terpandang bear yang sama saperti milikku dirumah cuma saiznya saja lebih kecil.  Aku mengajaknya kedalam kedai itu dan membeli bear itu untuknya.  Aku juga membeli sebotol minyak wangi untuknya.  Sekurang-kurangnya, bear dan minyak wangi ini akan mengingatkannya padaku apabila kami berjauhan nanti.  

 

Terasa masa berlalu dengan pantas dan tanpa kami sedari sudah larut malam.  Kami ke KL Sentral semula untuk mengambil haversackku dan menahan teksi pulang.  Aku meminta dia menghantarku ke apartment ku saja memandangkan ianya lebih dekat dan mudah untuk dia pulang ke rumahnya.  Dalam perjalanan pulang, hujan pula turun dengan lebatnya.  Tak sampai hati aku membiarkan dia pulang dalam keadaan hujan lebat begitu.  Kebetulan pula, payong pun tiada.  Lalu aku menyarankan agar dia bermalam saja di apartment ku memandangkan aku mempunyai dua bilik kosong selain dari bilik tidur utama.

 

“You boleh tidur dibilik tamu ni… I, tidur di bilik I.  I akan kunci pintu jadi you tak boleh lah ganggu I” aku berseloroh dengannya.

 

“Ermmm iyerlah tu… Kita lihat nanti…. Ah  siapa ganggu siapa…” selorohnya pula.

 

Aku hanya tersenyum sambil mengucapkan selamat malam padanya.  Aku terus kebilik tidur ku dan menguncinya dari dalam.  Aku tersenyum sendiri mengenangkan masa yang telah kami habiskan bersama sepanjang hari itu hingga terlena.

 


Posted at 05:00 pm by tiffydsickbear

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry