SetiaKu Korbankan...


   

<< December 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Thursday, December 02, 2004
Bhg 10

Tiba-tiba petir dan kilat sabung menyabung.  Aku terpekik dan berlari keluar.  Hamli terdengar pekikan ku juga berlari keluar untuk memastikan tiada apa-apa terjadi padaku.  Dia memelukku untuk menenangkan aku yang ketakutan.  Dakapannya yang kemas membuatkan aku rasa selamat dan tenang.  Dia menghantarku kebilik dan sebelum melangkah keluar aku meminta dia menemankan aku seketika.  Sekadar menghilangkan rasa takutku.  Sekali lagi dia memelukku erat dan tanpa kami sedari kami lemas didalam dakapan masing-masing dan…..

 

Kami tak sedar dengan apa yang kami lakukan namum ianya sudah terlambat…. Tanpa aku sedari aku telah menyerahkan segala-segalanya padanya…. Dan dia telah menikmati madunya.  Dia tidak meminta tapi aku yang menyerahkannya.  Betul kata orang…  jika berdua bukan berdua tapi bertiga…. Ah mengapa imanku setipis kulit bawang. 

 

Kerana rasa bersalah dengan apa yang telah kami lakukan, aku nyatakan padanya yang aku inginkan satu hubungan yang halal namun dia mengatakan yang dia belum bersedia.  Dia tak cukup wang simpanan dan tidak mahu menikah kerana nafsu.  Sedih aku mendengarnya dan aku mula tertanya-tanya apakah dia hanya berpura-pura menyayangi aku.  Untuk pertama kalinya, kami bertengkar.  Oleh kerana dia tidak dapat membuat keputusan, aku menyuruhnya pergi dan tinggalkan aku sendirian.  Aku tak sanggup memaksanya untuk bertanggung jawab keatas ku.  Aku mahu dia lakukannya dengan keikhlasan tanpa paksaan, jika dipaksa, ia bukan sebuah cinta.  Semuanya salahku.  Jika aku tidak mempelawanya kepartmentku tentu perkara itu tidak terjadi.


Berbagai persoalan

Menganggu difikiran

Jika dibiarkan jiwa ku tertekan

Aku ingin bertanya

Mencari jawapannya

Tetapi aku bimbang disalah ertikan

Lalu aku mengandaikannya serndiri

Bersoal jawab berteka teki

Bukan cinta jika ada yang memaksa

Bukanlah cinta jika terpaksa

Belum bertemu jawapan sebenar

Siapa aku dihati masih samar-samar

Dimanakah nanti berakhir perjalanan

Apa mungkin habis manis sepahnya dibuang

Cuma yang pasti

Aku ikhlas menyayangi

Doaku buat kita kekal selamanya



 


Posted at 06:50 pm by tiffydsickbear

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry