Setelah peristiwa itu, dia tidak lagi mengemail ataupun menalipon ku. Aku saja yang kerap menghubunginya. Dia pula semakin dingin terhadapku dan semakin menjauhkan diri. Aku mula rasa tertekan dengan keadaan itu. Aku mula mempersoalankan kedudukan aku disisinya. Siapa aku padanya? Apakah aku masih lagi girlfren dia ataupun aku hanya sekadar teman tidurnya?
Dia marah bila aku mula mempersoalkan kedudukan aku disisinya. Dia tidak memberi aku kata putus dan aku tergantung-gantung tanpa arah. Bila aku menyoalnya untuk kedua kalinya, dengan selamba dia menjawab… Ah sekarang I tak nak fikir apa-apa lagi…. I hanya nak berkawan dengan semua orang…dengan semua I nak kawan saja… dan dia meletakkan talipon.
Jawapannya membuatkan aku terpinga-pinga. Bagaikan halilintar membelah bumi. Aku terkejut dan tidak menyangka dengan apa yang aku dengar. Apa sebenarnya yang terjadi? Dimana silap aku? Tidakkah dia menyayangi aku? Tidakkah dia mahu mempertanggungjawabkan perbuatannya terhadapku?
Aku menangis semahu-mahunya. Tidak guna lagi aku merayu padanya. Nasi sudah menjadi bubur. Tak tahu pada siapa aku harus menceritakan semuanya. Aku malu. Aku malu pada Tuhan, pada diriku sendiri, pada teman-teman dan juga keluarga jika mereka mengetahuinya. Dimana nak aku sorokkan mukaku. Harga diriku sudah diinjak olehnya. Sudah dibuang ketepi. Aku bukan lagi kesayangannya.
Dari teman-temannya, aku mendapat tahu yang dia sedang sibuk mengayat seorang gadis walaupun dia menafikannya. Malah aku pernah ternampak dia bersama gadis itu beberapa kali. Sedih hatiku mengenangkan apa yang telah terjadi. Aku cuba menghubunginya sekali lagi untuk menentukan hala tuju perhubungan kami. Aku nyatakan padanya bahwa aku rela dan redha melepaskan dia dari hatiku untuk bersama orang yang dia sayang. Aku tak akan sekali-sekali meminta dia bertanggung jawab terhadap diriku dan aku tetap menganggap dia sebagai kawan. Sebaliknya, dia hanya menghantar sms saja sebagai pengganti dirinya.
“Aleya thanks a lot terus terang i x dpt bls jasa u…. knapa u tlalu baik pada i…. Semoga Allah temukan u ngan insan mulia”
Terkedu aku buat kali kedua. Ayatnya yang terakhir benar-benar menikam jantungku. “Semoga Allah temukan u ngan insan mulia” Tidakkah dia sedar setelah apa yang telah kami lakukan… aku tak akan menerima lelaki lain kerana aku pernah “bersamanya.” Tidakkah dia sedar itu. Sungguh mudah dia mengucapkan kata. Namun jika itu keputusannya, aku pasrah. Biarlah aku berkorban untuknya. Aku rela menjadi bulan yang membakar diri di siang hari agar dia dapat menyinarkan cahayanya dimalam hari.
Hamli, ketahuilah saya lepaskan awak dari hati saya… Biarlah saya simpan kenangan kita didalam hati saya. Ia akan menjadi impian saya – impian yang akan membuat saya lebih tabah untuk mengharungi hidup ini.
SetiaKu Korban – Fauziah Latiff
Inikah dugaan yang ku terima
Menyintai mu sepenuh jiwa
Untuk bersama mu
Kesabaran membakar fikiran
Rinduku embunan di lautan
Cintamu debunga berterbangan
Tak pernah mempeduli kasih sayang
Yang aku korbankan
Kau janjikan bahagia
Namun kau hantui dengan gurauan berbisa
Kau janjikan setia
Rapuh ku berpegang untuk hidup bersamamu
Kembalilah hangati semula asmaraku dengan mu
Demi cinta suci
Andainya tak mungkin ku miliki
Keayuan kasih impianmu
Lepaskan asmara di jiwaku
Setia ku korbankan
Posted at 07:14 am by tiffydsickbear