SetiaKu Korbankan...


   

<< November 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Saturday, November 20, 2004
Bhg 2

Rencana ku mengenai “Age Doesn’t Define A Person” telah menarik perhatiannya.  Dia telah mengemailku menanyakan mengapa aku memilih tajuk itu.  Selebihnya, dia ingin mengetahui samada aku adalah orang yang pernah dia kenali dulu.  Selalunya aku malas nak membalas email saperti ini tapi entah mengapa aku mula klik “reply” dan secara spontan melakar jawapan dan menekan kekunci “send“.

 

Selang seminggu, aku menerima emailnya sekali lagi setalah sajak ku “Seandainya Ku Tahu” tersiar di majalah

 

Aku datang pada mu

Tatkala aku kesakitan

Mencari jawapan

Menangis meminta belas kasihan

 

Aku luahkan rasa hati

Aku leraikan segala kepiluan ini

Kerana aku tahu dari mula lagi

Kau adalah teman sejati

 

Saperti air sungai yang mengalir

Kau mengutip segala sisa

Memberi jawapan pada semua persoalan

Membantu aku meneruskan

Kehidupan yang tak bererti lagi

Dan tatkala aku perlukan tempat berteduh

Kau buka hatimu untuk aku berlabuh

Segala suka duka dikongsi bersama

 

Bersama masa kita mengejar

Segala cita-cita yang kita impikan

Hari dan masa berlari dan berganti

Kita mula membentuk kehidupan sendiri

 

Rupanya kasih yang terjalin tidak sekuat mana

Ianya rapuh bak sarang laba-laba

Ia terhempas dipukul gelombang

 

Kini warkah terakhirmu ku baca

Melukiskan segala rasa dijiwa

Seandainya aku tahu dari mula

Takkan aku biarkan kau derita

Menghadapinya seorang diri

 

Akan ku kutip segala yang tersisa

Akan ku jaga permata mu yang berharga

Akan aku beritahu dia betapa hebatnya

Kau sebagai mamanya

 

 

Saudari Aleya, saya telah membaca sajak Aleya “Seandainya Ku Tahu” yang disiarkan di majalah.  Bolehkah Aleya beritahu saya apa yang Aleya cuba sampaikan…adakah ia berkaitan dengan diri Aleya?

 

Harap balas ya..

Hamli

 

 

Ermm menyirap darahku bila membaca emailnya walaupun apa yang dia tanyakan itu tidak salah dan satu soalan biasa saja.

 

Dia ingat dia siapa…. Kenapa pula aku yang mesti beritahu dia apa yang aku cuba sampaikan.  Aku membebel sendirian.  Lantas aku klik “reply”

 

Kalau awak dah baca mengapa pula saya perlu menjawab soalan awak. Why don’t you let me know your thoughts…

 

Dan aku klik “send”

 

Keesokan harinya aku menerima email darinya lagi.

 

Kalau Aleya nak saya huraikan sajak Aleya boleh.  Mungkin Aleya boleh email sajak Aleya kepada saya.  Akan saya cuba dan berikan Aleya jawapannya.

 

La mamat ini… dah kenapa pula dengan dia ni….. aku semakin bengang dengannya lantas aku menjawab…

 

I don’t expect you to huraikan sajak I tapi kalau you nak huraikan juga… terserah…. Sajak itu ada kat majalah dan you boleh dapatkannya disana…

 

Petang itu aku menerima jawapan emailnya lagi…

 

Saya tak beli majalah itu.. saya pinjam dan sekarang majalah tu dah habis dijual.  Jadi saya tak dapat nak mengulasnya.  Aleya postkan kat saya ya…

 

Ermmmm malas aku nak layan mamat ini.  Lalu aku biarkan emailnya tanpa balasan.

 


Posted at 07:53 am by tiffydsickbear

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry