Namun dia tak berputus asa. Dia mula mengemailku setiap hari. Pada mulanya aku malas nak menjawab emailnya, Namun emailnya semakin hari semakin lucu. Aku mula mengharapkankan emailnya dan perlahan-lahan aku mula membalas emailnya satu persatu.
Macam-macam yang kami bualkan diemail kami. Dari persoalan semasa hinggalah ke perkara yang remeh temeh. Dalam masa dua minggu saja kami menjadi begitu mesra dan dia mula bertanya tentang latar belakangku… tentang keluarga…dan soalan-soalan yang aku anggap personal tapi tidak terlalu peribadi. Dia juga dengan senang hati mula bercerita tentang dirinya… memberi aku gambaran tentang diri, latar belakang, peribadi dan juga keluarganya. Ermmm semuanya terjadi dengan pantas tanpa kami sedari. Dari email, kami mula berbual ditelepon.
Tiba-tiba aku mula menerima email aneh darinya. Dia mula memanggil aku “sayang” tapi aku biarkan saja. Aku buat-buat tak tahu. Perkataan itu juga terkeluar dari mulutnya semasa kami berbual ditelepon. Semakin aku buat tak tahu semakin kerap pula dia memanggil aku “sayang”. Dia juga mula bertanya tentang teman-temanku teruatama lelaki. Dia mula menujukkan rasa cemburunya terhadapku. Aku mula tak selesa dengan situasi itu lantas aku memberanikan diri dan bertanya padanya.
“Salahkah saya membahasakan “sayang” pada orang yang saya sayangi? Adakah Aleya sudah mempunyai teman istimewa?Jika “ya” saya tak akan contact Aleya lagi
Ah aku bengang menerima jawapan yang begitu telus darinya. Aku tak tahu apa yang harus aku katakan padanya. Aku biarkan emailnya tanpa balasan. Sebaliknya, dia tidak putus-putus mengemailku dan meminta maaf jika dia menyinggung perasaanku.
Posted at 02:33 pm by tiffydsickbear