Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan. Ya Tuhan… tolonglah aku… apa yang harus aku buat… Berilah aku petunjukMu….
Lantas aku mengambil keputusan untuk memutuskan persahabatan aku dengannya. Aku tak mahu memberi dia harapan. Aku tak mampu menyambut kasihnya. Hatiku sudah dipenuhi dengan sayang terhadap Zain walaupun dia telah lama dijemput oleh Yang MenciptaNya. Aku tidak dapat melupakan Zain dan aku perlu berbuat sesuatu agar alah satu dari kami tidak terluka.
Hamli, terimakasih kerana menyayangi I tapi I tak dapat menerimanya. Terlalu tinggi penghargaan you dan I tak terdaya untuk menyambutnya. Berikanlah sayang itu pada gadis lain. Maafkan I.
Aleya
Secepat kilat aku menerima balasan email darinya bertanya mengapa dan dia mahukan penjelasan.
Hamli sukar untuk I berikan penjelasan. Rasanya tak perlu. dan tolonglah jangan paksa I. Hormatilah keputusan I ini. I mohon jangan diganti persahabatan ini dengan perasaan yang lain. I tak mampu menyayangi you dan jangan kerana perkara yang kecil ini I mula membenci you. Tolonglah… I mohon sekali lagi… jangan paksa I.
Aleya
Posted at 02:34 pm by tiffydsickbear