Ternyata email aku masih tidak memberi kesan padanya. Dia begitu yakin yang aku mempunyai perasaan yang sama terhadapnya cuma aku sengaja menafikannya. Dia juga yakin aku belum dimiliki oleh sesiapa pun. Padanya, mungkin aku pernah dilukai dan dia sanggup membebat lukaku itu jika ianya belum sembuh. Dia mohon agar aku memberinya peluang untuk menunjukkan rasa hatinya padaku.
Aku biarkan emailnya tanpa balas. Aku biarkan juga panggilan teleponnya. Aku tak pasti dengan perasaan aku sendiri. Dalam masa yang sama, aku juga saperti orang gila. Aku menolak dirinya tapi aku sangat merinduinya. Aku rindukan senda guraunya… Aku rindukan gelak tawanya…. Aku rindukan segala-galanya tentang dia…
Ah what’s wrong with me…. Mengapa aku sangat merinduinya…. Tidak mungkin aku juga mencintainya. Kasihku pada Zain masih utuh… masih kuat di hati ini. Mana bisa aku menyayangi dua lelaki dalam satu masa… Tidak mungkin…. Impossible… What I feel for him is just an infactuation tapi apa yang aku rasa bersama Zain adalah benar… aku mula mencongak kata. Kalau benar… mengapa aku merasa sangat bersalah menolak cintanya… mengapa? Aku terkapai-kapai sendiri mencari jawapan…
awak tahu tak awak buat saya rasa takut
dengan kata-kata sayang dari awak
awak tahu tak awak buat saya rasa tak selesa
dengn perhatian yang berlebihan dari awak
awak tahu tak awak buat saya rasa ingin memberontak
dengan kedegilan awak
awak tahu tak awak buat saya rasa tertekan
dengan rajuk awak
awak tahu tak awak buat saya rasa tersiksa
dengan desakkan awak
awak tahu tak awak buat saya rasa rimas
dengan cemburu awak
awak tahu tak saya disaman kerana memandu dengan laju
sebab saya bengang dengan awak
kenapa awak tak cuba hilangkan rasa takut saya
dengan kasih sayang awak
kenapa awak tak cuba buat saya rasa selesa
dengan perhatian yang berlebihan dari awak
kenapa awak tak cuba memahami saya
dengan rajuk awak
kenapa awak tak cuba tenangkan saya
dengan kedegilan awak
kenapa awak tak cuba beri ruang dan pimpin saya
untuk belajar menyayangi awak
sebaliknya awak menyalahkan saya
kerana mengelak semua soalan awak
sebaliknya awak melemaskan saya
dengan cemburu awak
sebaliknya awak telah membuat saya marah
dengan rajuk awak
sebaliknya kata terakhir awak
telah menerbitkan rasa muak dihati saya
dan akhirnya...
memaksa saya memutuskan segalaya dengan awak
taniah kerana berjaya membuat saya menangis
kerana awak
dan lebih menggeraskan lagi hati dan perasaan saya
terhadap kaum sejenis awak
tapi hakikatnya....
saya sangat menyayangi awak....
Posted at 06:53 pm by tiffydsickbear