SetiaKu Korbankan...


   

<< November 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Saturday, November 27, 2004
Bhg 6

Aku perlu berterus-terang dengannya.  Dia perlu tahu mengapa aku menolak cintanya.  Tidak adil untuknya jika aku berdiam diri saperti ini. 

 

Tanpa aku sedari aku mula mendial henfonnya.  Aku menangis bila mendengar suaranya.  Aku benar-benar rindukan dia.  Aku mohon maaf kerana melukakan hatinya.  Tiada rasa marah dihatinya.  Sebaliknya, tanpa jemu dia memujukku dan menyatakan sayangnya padaku.  Menyakinkanku.

 

Aku beritahu dia tentang Zain…. Tentang permergian Zain kepada Yang Maha Esa… yang menyebabkan aku tak bisa menerima cinta yang lain…

 

I tak minta you lupakan dia Aleya…. I hargai kasih sayang you terhadap dia….  I tak minta banyak, Aleya…. Sedikit saja….

 

Ah apa yang cuba dia sampaikan padaku…  Dia tak minta banyak?  Sedikit saja?  Mana ada seorang lelaki yang dapat menerima seorang perumpuan yang tak dapat menyayanginya 100%?  Mana ada…

 

Sambungya lagi… You tahu tak… dalam persahabatan… you hanya perlu berikan 20% saja…. Tidak 100%  I tak kisah kalau you masih sayangkan Zain.  Dia cinta you yang pertama dan dia tidak tinggalkan you untuk perumpuan lain…. Pemergiannya bukan salah you ataupun dia…. Berilah I peluang untuk mengisi ruang itu Aleya… I tak minta banyak…. Sedikit saja… Hanya 20% saja…

 

Nah dengan serta merta pintu itu terbuka luas untuknya.  Itulah ayat yang telah meruntuhkan tembok yang ku bina selama ini.  Aku sangkakan dia sama saperti lelaki lain… tamak dengan kasihnya… ingin memiliki aku 100% dan aku akan kehilangan Zain… tapi aku silap…. Dia seorang lelaki yang bertimbang rasa… dia hanya meminta sedikit saja… alangkah mulia hatinya…

 

jika ia sebuah cinta

ia tidak mendengar

namun sentiasa bergetar

 

jika ia sebuah cinta

ia tidak buta

namun sentiasa melihat dan merasa

 

jika ia sebuah cinta

ia tidak menyeksa

namun sentiasa menguji

 

jika ia sebuah cinta

ia tidak memaksa

namun sentiasa berusaha

 

jika ia sebuah cinta

ia tidak cantik

namun sentiasa menarik

 

jika ia sebuah cinta

ia tidak datang dengan kata-kata

namun sentiasa menghampiri dengan hati

 

jika ia sebuah cinta

ia tidak terucap dengan kata

namun sentiasa hadir dengan sinar mata

 

jika ia sebuah cinta

ia tidak hanya berjanji

namun sentiasa cuba memenangi

 

jika ia sebuah cinta

ia mungkin tidak suci

namun sentiasa harmoni

 

jika ia sebuah cinta

ia tidak hadir kerana permintaan

namun hadir kerana ketentuan

 

jika ia sebuah cinta

ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan

namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan

 

Kasih sayang itu sudah wujud tanpa aku sedari.  Resahku kerana kehilangannya membuatkan aku sedar bahwa aku sekaligus dengan rela menerimanya dalam hidupku.  Ya Allah aku mahukan perasaan ini sehingga aku mati.  Aku mahukan kasih sayangnya sampai blia-bila.  Kalau satu hari nati kami berpisah macam mana aku nanti?



Posted at 07:43 am by tiffydsickbear

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry