SetiaKu Korbankan...


   

<< January 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Sunday, December 19, 2004
Bhg 13

Aku berjalan ke meja kecil di tepi katil ku dan menarik lacinya.  Aku mengeluarkan diariku setahun yang lalu dan membuka cacatanku yang terakhir….

 

“Sekiranya kamu dapati diri mu menyintai seseorang yang tak membalas cinta mu, janganlah merasa tersisih… Tiada salahnya menyintai seseorang kerana cinta tak memilih untuk singgah di hati seseorang. 

 

Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat diri mu tapi kembali kan penghormatan itu dgn cara yg ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.

 

Bagaimana kamu mengurus cinta, begitulah jua kamu mengurusi diri mu. Setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza. 

 

Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri  kita dan tiba-tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa anyg harus di persalahkan... relakanlah cinta itu pergi.. kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi dan kita akan menyedarinya apabila masa silih berganti.

 

Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. Kerana cinta sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hati mu.  Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidup mu bahagia...

 

Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati mu.. "

 

Ya Raab…. Sesungguhnya aku bersyukur cinta itu pernah hadir dihatiku bersamanya untuk kali kedua walaupun ianya pahit untuk di telan.  Aku tetap mendoakan kebahagiannya di setiap solatku dan aku akui pengorbanan cinta itu indah.  Semoga aku terus tabah menghadapi hari-hari yang mendatang dengan keikhsananMu dan senantiasa di dalam peliharaanMu.





---------TAMAT---------


Posted at 07:31 pm by tiffydsickbear
Comment (1)  

Next Page